Monday, August 31, 2009

Jalani Kehidupan seperti biasa...

1 Ramadhan 1430 bersamaan 22 Ogos 2009, Umat Islam mula berpuasa. Alhamdulillah.... aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih di panjangkan usia dan diberi peluang untuk terus menunaikan ibadah puasa.

Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma akan dapat aku sambut bersama keluarga dan sanak-saudara.

Tuesday, April 8, 2008

Lieomyosarcoma

Salam Sejahtera,

Nama saya aman. Saya adalah seorang pesakit kanser otot atau nama saintifiknya "lieomyosarcoma". Saya telah menjalani pembedahan di otot perut kanan saya pada Jan 2007 yang lalu. Saya juga telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 pusingan.

Kini, sudah setahun berlalu. Namun, saya masih lagi membuat rawatan susulan di hospital. Doktor menyatakan bahawa saya mempunyai tempoh 2 tahun dalam perhatian.

Hidup saya kini berubah dengan sekelip mata. Dahulunya saya seorang yang periang, dan suka berjenaka. Setelah saya mengetahui yang saya mengidap kanser ini, saya menjadi seorang yang murung, cepat marah dan putus asa.

Namun setelah saya bertemu dengan doktor pakar dan kaunselor, saya bertambah yakin dan kuat untuk meneruskan hidup. Saya bersyukur dan redha dengan kehendak Allah. Betapa agungnya kuasa Allah, menjadikan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Perkara ini membuatkan saya lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Esa, Sentiasa bersyukur akan nikmatNya.

Doa dipohon kepada Allah tidak putus-putus agar dimakbulkan segala hajat. Bukan memohon kekayaan, cuma sekadar memohon kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....