Tuesday, April 8, 2008

Lieomyosarcoma

Salam Sejahtera,

Nama saya aman. Saya adalah seorang pesakit kanser otot atau nama saintifiknya "lieomyosarcoma". Saya telah menjalani pembedahan di otot perut kanan saya pada Jan 2007 yang lalu. Saya juga telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 pusingan.

Kini, sudah setahun berlalu. Namun, saya masih lagi membuat rawatan susulan di hospital. Doktor menyatakan bahawa saya mempunyai tempoh 2 tahun dalam perhatian.

Hidup saya kini berubah dengan sekelip mata. Dahulunya saya seorang yang periang, dan suka berjenaka. Setelah saya mengetahui yang saya mengidap kanser ini, saya menjadi seorang yang murung, cepat marah dan putus asa.

Namun setelah saya bertemu dengan doktor pakar dan kaunselor, saya bertambah yakin dan kuat untuk meneruskan hidup. Saya bersyukur dan redha dengan kehendak Allah. Betapa agungnya kuasa Allah, menjadikan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya. Perkara ini membuatkan saya lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Esa, Sentiasa bersyukur akan nikmatNya.

Doa dipohon kepada Allah tidak putus-putus agar dimakbulkan segala hajat. Bukan memohon kekayaan, cuma sekadar memohon kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....

1 comment:

Anonymous said...

love you ... saya 20th NURSELENA ..bulan 9bln 2012 baru tahu yang saya mengidap barah perut. . waktu tu raya thn ini .bila doktor beritahu saya senyap
aje tak tahu nak kata apa .. dok beritahu barah saya dah peringkat ke 2 , hampir setiap minggu saya dikejarkaan kecemasan kerna kekejangan perut ,, mungkin masa tu saya tidak faham aturan permakanan yang tidak boleh dimakan .. kini saya boleh mengatur cara permakan dan memakan makanan hanya sedikit tapi kerap...minggu lepas dok meberitahu saya dah teruk kemungkinan barah saya dah melarat
everday i sakit deman lah flu lah batuk lah , lenguh2lah , gatal2
lah ,, kini i selalu sedih , nangis , termenung , tenson